Resepi Ikan Bersos Oren Sweet Sour



Bahan-bahan :
  1. Ikan seekor atau fish fillet.
  2. 800 gm isi ikan tanpa tulang(fish fillet)dipotong dadu.
  3. saya pakai isi ikan jenahak putih.
  4. 1 sudu kecil serbuk lada sulah.
  5. 1-2 sudu kecil Maggi� CukupRasa�.
  6. 1/2 cawan tepung jagung.

Cara penyediaan :
  1. Gaul ikan bersama serbuk lada sulah dan Maggi� CukupRasa�
  2. Tepung jagung juga digaul bersama sedikit Maggi� CukupRasa�
  3. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak untuk goreng
  4. Golekkan ketulan isi ikan dalam tepung sepenuhnya.
  5. Goreng ikan sehingga kuning keemasan

Bahan-bahan :
  1. Sos Oren Sweet Sour
  2. 2 biji oren
  3. 1/2 cawan perahan jus oren atau boleh pakai kordial oren
  4. 1/2 cawan air
  5. 4 ulas bawang putih,dicincang
  6. 1 batang kecil halia dipotong panjang halus
  7. 1 batang lobak merah dipotong memanjang halus
  8. 5 sudu besar sos cili Maggi�
  9. 6 biji cili padi,dihiris nipis
  10. 1 ulas bawang besar dibelah 8
  11. 1 sudu besar Maggi� CukupRasa�
  12. 2 pokok daun sup dicincang kasar
  13. Minyak untuk menumis
  14. 1/3 cawan air dibancuh bersama sedikit tepung jagung
  15. 1 sudu kecil gula jika nak sedikit manis

Cara penyediaan :
  1. Oren diparut kulitnya.
  2. Oren kemudian di kupas sehingga tinggal isi berwarna oren sahaja dan dipotong dadu
  3. Panaskan minyak,tumis bawang putih bersama halia sehingga wangi dan kemudian masukkan jus oren dan sos cili Maggi�
  4. Masak seketika.
  5. Jika agak kering,masukkan air sedikit.
  6. Masukan potongan oren dan parutan kulit oren,cili padi,lobak merah dan bawang besar.
  7. Tambah sedikit gula jika terlalu masam.
  8. Taburkan Maggi�CukupRasa� dan gaul rata.
  9. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  10. Masak seketika dan tutup api.
  11. Bila hendak hidang,bolehlah curah atas isi ikan yang digoreng tadi.

Nota:
  1. Nak guna ikan seekor atau fish fillet (isi ikan tanpa tulang) pun boleh je.
  2. Saya guna fish fillet sebab senang nak makan.
  3. Lagi sedap isi ikan tu kita perasakan sedikit Maggi� CukupRasa�. Dulu,ikan tu saya perap dengan bawang putih tumbuk,halia, garam,kicap dan MSG.
  4. Tunggu lama juga la nak perap tu.
  5. Tapi sekarang lebih mudah dan lazat dengan Maggi� CukupRasa�,tabur je keatas ikan dan gaul je.
  6. Tak perlu perap lama-lama macam kita guna bahan lain.
  7. Boleh terus golekkan atas tepung sadur dan goreng hingga rangup.
Resepi Ikan Bersos Oren Sweet Sour Resepi Ikan Bersos Oren Sweet Sour Reviewed by Admin on April 04, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.