Resepi Kari Hijau Thai


Bahan-bahan:

Bahan Utk Blender (utk buat pes kari hijau):
  1. 2-3 btg serai dihiris halus
  2. 4-5 ulas bawang putih
  3. 1-3 cili hijau (jika nk pedas, blh tmbh lagi)
  4. 5-6 biji bawang merah
  5. Halia sebesar ibu jari (dihiris)
  6. 1/2 cawan daun ketumbar segar (dicincang kasar)
  7. 1/2 cawan daun selasih segar (basil leaves)
  8. 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  9. 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  10. 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  11. 3 sudu besar sos ikan
  12. 1 sudu kecil belacan
  13. 1 sudu besar jus limau nipis / kasturi
  14. 1 sudu kecil gula perang / gula biasa
  15. 1/4 cawan santan kelapa
  16. 1/2 - 1 inci kunyit hidup
  17. 1/2 inci - 1 inci lengkuas (dihiris)

Bahan-Bahan Lain:
  1. 1/2 ekor ayam (dipotong)
  2. Daun limau purut
  3. Santan kelapa
  4. Air suam
  5. Air stok ayam (optional)

Bahan-Bahan Sayur (boleh ikut selera sendiri):
  1. Lada benggala hijau & merah (potong dadu)
  2. Kacang panjang / Kacang buncis (hiris serong)
  3. Tomato (dibelah 2 atau 4)
  4. Terung (potong sederhana - jangan terlalu nipis)
  5. Boleh juga letak kentang
  6. Sukatan dan ukuran semua bahan-bahan boleh diubah ikut selera dan kesesuaian masing-masing. Jangan takut jadi kreatif dalam masakan.

Cara-cara:
  1. Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak & tumis pes kari tadi sampai naik bau wangi. Kemudian masukkan santan kelapa & kacau sebati.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati. Kemudian masukkan daun limau purut. Jika kurang air, tambah santan / air stok ayam . air suam. Kacau sebati. Tutup kuali dan biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
  3. Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan bahan-bahan sayur. Tomato boleh dimasukkan akhir sekali kerana ia cepat hancur jika dimasak terlalu lama. Kacau selama 10 minit atau sehingga sayur masak. Jika rasa kuahnya kurang, boleh tmbh sedikit garam / ajnomoto / gula.
  4. Padam api dan kari sudah siap untuk dihidangkan. Hiaskan dengan daun ketumbar & hirisan limau nipis.

Tips:
  1. Kalau bahan-bahan blender tadi tu byk sgt, boleh simpan dulu dalam peti ais. guna sukatan yang sesuai dan cukup dgn nilai ayam yang kita nak masak. Kang kalau byk sgt, jadi lain lak rasanya nanti.
Resepi Kari Hijau Thai Resepi Kari Hijau Thai Reviewed by Admin on April 17, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.