Resepi Sotong Berempah Bersama Telur Rebus


Bahan-bahan :
  1. 600gm Sotong. (Size sederhana dicuci bersih dan dikelar tapi tak putus ye dan direbus sekejap Kira2 3/4 masak air rebusan jgn buang ye.)
  2. 5 sudu besar rempah serbuk kari daging
  3. 1 biji bawang besar holland (serdehana) dihiris.
  4. 2 biji bawang besar (sedang) di kisar.
  5. 3 ulas bawang putih dikisar
  6. 1 inci halia dikisar
  7. 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih,
  8. 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis,
  9. 1 sudu kecil serbuk cili
  10. 1 sudu kecil gula pasir.
  11. 1 btg kulit kayu manis,
  12. 5 kuntum cengkih,
  13. 3 kuntum bunga lawang
  14. 3 biji buah pelaga
  15. 3 tangkai daun kari.
  16. 3 cili hijau atau merah dibelah dua memanjang.
  17. 1/3 cawan santan
  18. 6 biji telur ayam yg telah di rebus( kalau nak guna telur brg puyuh pun boleh)
  19. Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.

Cara penyediaan :
  1. Bila kuali panas masukkan minyak masak.
  2. Bila minyak panas,tumis kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Bila bau haruman naik,masukkan hirisan bawang besar holland.
  4. Agak2 hirisan bawang mula bertukar warna keemasan.
  5. Masukkan kisaran bawang putih,kisaran halia serta 3 tangkai daun kari tadi.
  6. Kemudian masukkan bawang besar yg telah dikisar.
  7. Masa sehingga naik minyak.
  8. Pastikan bahan2 kisar yg ditumis cukup masak ye..
  9. Kemudian masukkan serbuk kari,serbuk jintan putih,jintan manis dan boleh tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis.
  10. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit.
  11. Masuukkan santan mengikut selera anda.
  12. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana nanti kalau sejuk kuah akan jadi lebih pekat.
  13. Tunggu hingga kuah mendidih.
  14. Jangan terlalu didihkan kuah tu ye,kerana santan akan pecah minyak
  15. Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi,juga telur rebus yg di kelar sedikit ye.
  16. Masukkan cili hijau belah,gula dan garam secukup rasa.
  17. Kalau nak bubuh ajinamoto pun boleh.
  18. Kacau serata.
  19. Sotong tak perlu masak terlalu lama.
  20. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong.
  21. Pastikan kuah tidak terlalu cair juga tak terlalu pekat.
  22. Apa pun kepekatan kuah boleh je mengikut selera masing2.
Resepi Sotong Berempah Bersama Telur Rebus Resepi Sotong Berempah Bersama Telur Rebus Reviewed by Admin on April 17, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.