Resepi Rendang Ketam Bercili


Bahan-bahan:
  1. 500 gm ketam - dibelah dua
  2. 500 ml santan pekat
  3. 3 helai daun kunyit - disimpul
  4. 2 sudu makan kerisik
  5. 3 sudu makan minyak
  6. Sedikit serbuk kunyit
  7. Garam dan gula secukupnya
  8. Sedikit asam keping
  9. 10 ulas bawang merah ]
  10. 3 ulas bawang putih ]
  11. 3 sm halia ]
  12. 3 batang serai ]
  13. 2 sm kunyit hidup ] dikisar
  14. 8 tangkai cili kering ]
  15. 10 tangkai cili merah ]

CARA-CARA MEMBUAT:
  1. Bersihkan ketam dan potong ketam menjadi dua bahagian.
  2. Gaul ketam bersama serbuk kunyit dan garam.
  3. Biarkan seketika sebelum digoreng.Kemudian tos.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan berbau wangi.
  5. Kemudian,masukkan santan, daun kunyit,asam keping,garam dan gula secukupnya.
  6. Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
  7. Selepas itu,masukkan kerisik dan ketam.
  8. Biarkan kuah menjadi pekat dan kering. Tutup api
Resepi Rendang Ketam Bercili Resepi Rendang Ketam Bercili Reviewed by Admin on April 03, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.