Resepi Rendang Sotong Cili Padi


Bahan-bahan :
  1. 500 gm sotong - dikelar.
  2. 1 biji kelapa - ambil santan pekat.
  3. 150 gm kerisik.
  4. 3 helai daun kunyit - disimpul.
  5. 5 sudu makan minyak masak.
  6. 1 keping asam gelugur.
  7. Garam dan gula secukupnya.
  8. 10 ulas bawang merah.
  9. 3 sm kunyit hidup.
  10. 3 batang serai dikisar.
  11. 10 tangkai cili padi.

Cara penyediaan :
  1. Celur sotong buat seketika dalam air panas.
  2. Tos dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
  4. Biarkan hingga garing dan naik bau,selepas itu masukkan santan dan daun kunyit.
  5. Setelah mendidih,masukkan kerisik,bahan perasa dan asam keping.
  6. Kacau seketika hingga kuah menjadi pekat,selepas itu masukkan sotong.
  7. Biarkan seketika.
  8. Siap dihidangkan.

Resepi Rendang Sotong Cili Padi Resepi Rendang Sotong Cili Padi Reviewed by Admin on April 01, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.