Resepi Sambal Petai Telur Sotong



Bahan bahan :
  1. 500 gram telur sotong.
  2. 2 papan petai.
  3. 1 biji bawang besar,hiris kasar.
  4. 1/2 camca besar pes asam jawa.
  5. 2 senduk nasi penuh cili kisar.
  6. Garam dan gula secukup rasa.
  7. 1/3 cawan air.

Bahan kisar halus :
  1. 7 biji bawang merah.
  2. 2 ulas bawang putih.
  3. 3 keping hirisan nipis halia.
  4. 1/2 inci belacan.

Cara penyediaan :
  1. Telur sotong dibersihkan,potong ikut saiz yang anda mahu.
  2. Petai diambik isinya dan belah dua setiap satu.
  3. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan).
  5. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum,masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak.
  6. Guna api kecil dan kacau selalu.
  7. Tambah pes asam jawa,kacau dan masukkan petai.
  8. Tuang air dan masak hingga petai empuk.
  9. Masukkan telur sotong,kacau dan tambah hirisan bawang besar.
  10. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula secukup rasa.
  11. Kacau dan masak hingga pekat dan bawang lembut.
  12. Siap dihidangkan.
Resepi Sambal Petai Telur Sotong Resepi Sambal Petai Telur Sotong Reviewed by Admin on April 03, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.